You are currently viewing SESI SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD (KPDRM)

SESI SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD (KPDRM)

Sesi serah terima tugas Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) telah berlangsung pada 16 Ogos 2021 (Isnin) sebaik sahaja selesai Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperas Polis Diraja Malaysia Berhad ke-86 di Bilik Mesyuarat KDNKA, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sesi serah terima tugas tersebut telah menyaksikan YBhg Dato’ Hasanuddin bin Hassan telah dilantik sebagai Pengerusi baharu bagi menggantikan YBhg Dato’ Seri Ayub Bin Yaakob.

Dalam masa yang sama, KPDRM turut menerima Timbalan Pengerusi dan Setiausaha yang baharu iaitu, YDH CP Dato’ Zaini bin Jass, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Timbalan Pengerusi dan YBhg Dato’ Abdul Basir bin Ahmad sebagai Setiausaha. Sesi serah terima tugas ini berlangsung secara ringkas bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang diucapkan dari seluruh warga KPDRM.

Acara & Berita

Leave a Reply